
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur dan tiada darah hanya warna coklat
Saya wanita berumur 17 tahun haid saya tidak teratur saya haid tidak keluar darah hanya keluar warna coklat sedikit saya sudah sebulan tidak haid last saya had seperti itu juga sehingga 15 hari tapi bile habis 15 hari baru keluar darah tapu dah kira dengan betul…sekarang haid tapi warna coklat je…harap sangat doktor boleh tolong saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Selain daripada itu, warna darah haid juga boleh jadi berbeza. Ia boleh menjadi merah pekat ataupun sehinggi coklat-kehitaman.
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Jantung berdebar atau berdegup laju (palpitations)
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Pitam
- Gejala yang anda alami mengganggu kehidupan seharian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.