
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur , haid dua kali sebulan . Kadang haid datang awal,kadang lambat. Sehingga saya menyangka saya mengandung tapi sebenarnya tidak. Penggemar coffee, ada masalah sukar tidur . Kadang gangguan emosi . Mengapa demikian ya?
Hi, saya berumur 20 tahun, bulan April lepas, saya datang haid sebanyak 2 kali . Yang pertama, awal bulan, dalam lingkungan 4hb-10hb. Yang kedua,21hb-27hb. Oleh kerana April saya datang haid 2 kali, May saya tak haid. Dan sekarang baru masuk bulan June, saya tk pasti bila saya akan datang haid, ini kali pertama saya datang haid sebanyak 2 kali dalam sebulan. Apakah faktornya ya? Btw, saya penggemar coffee, dan ada masalah tidur, kadang ii saya tk tidur langsung untuk sehari tu, adakah itu menjadi faktornya? Atau ada sebab lain?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang sedang dialami ketika ini. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.