
Anonymous
5 tahun
Haid tidak teratur hampir 2 tahun
Saya wanita berusia 29 tahun, sudah berkahwin tapi blm dikurnia anak. Sejak awal perkahwin hujung 2017 …period sya tidak teratur… Dan semakin memburuk 6 bln terakhir ini… Period sya datang tlalu sedikit…dan bwarna coklat gelap…Akan tetapi sya tidak merasa sakit sepanjang hampir 2 tahun masalah ini tjadi. Sudah datang bertemu dokt di tempat sya… Cuma diberi ubat melancarkan haid akan tetapi masih berulang kembali.Minta solusi nya dokt.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.