Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur kepade org yg baru baligh
Hi doc … sy ialah seorang perempuan yg baru sahaja baligh pada tahun lepas … pada tahun lepas … haid sy hanya datang 2 bulan sekali … manakala pada tahun ini ia sering datang secara tidak teratur … contohnya … kitar haid sy tidak cukup 28 hari lagi … tetapi pada hari ke 24 haid sy sudah datang … tetapi sy tidak mengalami senggugut dan tempoh haid tu seperti biasa iaitu 6 atau 7 hari … adakah ini darah haid atau darah penyakit ? dan adakah masalah ini sering berlaku kepade org yg baru baligh ? Tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Untuk menjawab soalan anda, jika anda mengalami kitaran haid yang normal sebelum ini dan tiba-tiba mengalami haid lewat, ini bermakna sesuatu yang tidak normal. Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


























