Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur kerap keluar, berhenti 3-4 hari kemudian keluar lagi
Anak perempuan saya berumur 14 tahun dan kerap keluar darah haid tetapi tidak banyak,saya dah bawa jumpa doctor dan doktor bagi ubat hentikan darah haid tetapi masih keluar juga…darah berhenti 3-4 hari je…lepas tu keluar lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah period anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Jadual harian yang sibuk
- Perubahan jadual harian
- Terlibat dengan aktiviti lasak atau kegiatan sukan yang berat
- Masalah berat badan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Penggunaan pil, suntikan perancang atau alat perancang kehamilan yang lain
- Masalah struktur rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























