Anonymous
6 tahun
Haid tidak teratur. mengalami sedikit masalah
sy baru berkahwin april 2018 dan kini tlh berusia 27thn. berat badan sy skg 96kg dgn ketinggian 161cm…
semasa zaman bujang dan berada d bangku skolah menengah period sy x teratur… then sy pernah mengambil ubat tp lupa nama ubat. (ubat tu wrna jernih putih). slps ambil ubat tu period sy mula teratur… then bila berumur 22thn period mula x teratur semula… sy pernah mengambil ubat DUPHASTON atas nasihat doktor. then darah pernah kluar sangat byk dgn ketulan2 y sgt besar (sebesar 2 tapak tgn). kemudian kitaran haid sy kembali normal. tetapi selepas berkahwin pd usia 26thn, kitaran haid sy mula tdk teratur semula… selalunya semasa sedang haid, darah hny kluar dlm 2 hari (tetapi y kluar hanyalah setitik berwarna cokelat diikuti dgn sedikit darah) then stop. kemudian slps 3 hari mcmtu akan kluar smula (gumpalan berwarna cokelat+sedikit darah) lagi sehingga mengambil masa hingga kpd 2 minggu lebih…
slps bersih dan ketika sdg bersama dgn suami bhg kemaluan sy akan terasa sakit dan kmudian akan kluar titisan berwarna cokelat dan sedikit darah lg… boleh doktor bg penerangan sdikit knp sy mengalami sedemikian? dan apakah suggestion y doktor boleh berikan kpd sy? tq…
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca yang boleh menyebabkankitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk pengetahuan pihak puan, punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.
Berdasarkan keterangan anda, anda adalah amat digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan yang teliti untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



























