Sulit
2 tahun
Haid tidak teratur,opt@upt negative
Hi,saya berumur 25 tahun.sudah berkahwin selama 3 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata.Tahun ini saya belum datang haid selama 3 bulan setengah namun apabila cek upt@opt negative.Apa yang berlaku?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah belum datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- tekanan emosi
- kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- masalah PCOS
- masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.