
Anonymous
5 tahun
Haid tidak teratur, sakit bahagian rahim(senggugut)
Sy wnita 23 tahun… Bujang… Dlm bulan mei ini haid sy xteratur… Tidak tamat pada hari yang sptutnya… Ia sdh mlebihi 7hari… Slepas itu, haid sy stop selang sehari haid sy kluar balik dan sy mngalami sangat sakit bhgian bwah perut… Dr 5hb mei smpai skg 22 mei masih ada lg haid sy kluar… Bkn brterusan tp selang bbrpa hari… Dan sy kena alami sakit perut sehingga rsa xbrdaya mau bgun…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.
- Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.