
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur & sakit sakit pinggan untuk beberapa minggu
Saya perempuan berumur 20 tahun…sejak kebelakangan ini saya sering sakit pinggang dan sudah berlarutan beberapa minggu…kadang kadang pinggang saya sakit kadang kadang tidak sakit…kemudian haid saya pula tidak teratur sudah dua bulan…haid last saya pada 20/8 …itupun haid saya keluar setelah saya tuam dengan air suam…jadi apakah pendapat dr tentang perkara ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang dan haid tidak teratur mungkin boleh berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid.
Namun, gejala haid tidak teratur ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang selari dengan simptom sakit pinggang, iaitu:
- Penyakit sista ovari (Polycystic Ovarian Syndrome)
- Ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh faktor-faktor am seperti senaman berlebihan
- Ketumbuhan tisu rahim pada organ luar rahim (Endometriosis)
- Kanser rahim
- Masalah tiroid
- Penyakit keradangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infections). Ini boleh menyebabkan keradangan pada organ-organ reproduktif wanita yang mengawal keseimbangan hormon seperti ovari dan rahim.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai kesan meminum air suam, kami tidak pasti sama ada ia membantu secara langsung mengenai masalah yang anda hadapi ataupun tidak. Kami lebih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya anda mengalami gejala ini secara berlarutan dan semakin teruk, bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!