
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur selama 2 bulan berturut
hi doctor,saya wanita berumur 33 tahun dan mengalami masalah haid yang tidak normal. bulan lepas (6.07.2020) saya mengalami period hanya selama 2 hari dan begitu juga pada (10.08.2020).Adakah normal period begini selama 2 bulan berturut hanya selama 2 hari ? dan masa tu saya mengalam sensugut yang teruk dan ketulan darah period yang keluar banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru, haid anda masih dalam batas normal. Sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Ketulan darah period yang anda nyatakan boleh bermaksud anda mengalami pendarahan yang banyak pada hari itu. Namun, lebih maklumat diperlukan untuk menilai kadar kehilangan darah semasa haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.