
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur selama 3 tahun lebih
Saya berumur 16tahun, dri start umur 12-16tahun kitaran haid sya tdk teratur. Saya hnya akan datang haid pada bulan1 shingga bulan 3. Itupun darah haid sya sngat sedikit. Tahun ni, sya lngsung tk dtng haid. Sya ada perasan ada lendir wrna coklat yg keluar dri vagina sya. Sya amat rsau kerana tidak dtng haid, nmun malu untuk brjmpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sudah lama mengalami haid tidak teratur. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pada usia yang masih awal, ia adalah normal untuk haid tidak teratur. Namun begitu, terdapat juga beberapa penyakit yang boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya adalah:
- Stres
- Melakukan senaman berlebihan
- Masalah pemakanan yang tidak mencukupi
- Berat badan terlalu rendah
- Menggunakan pil perancang keluarga
- PCOS
- Kehamilan normal atau ektopik
Berikut merupakan senarai diagnosis umum mengenai simptom yang anda alami. Walaupun begitu, nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang dilakukan.
Bagi pertanyaan lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan