
Sulit
5 tahun
Haid Tidak Teratur Selepas Berkahwin
Saya wanita berusia 24tahun, dan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan december 2019. Sebelum berkahwin period saya teratur dan kitaran haid saya di antara 28 hingga 32 hari. Selepas berkahwin haid saya mempunyai kitaran haid sehingga 40hari.
Last period saya 1/2/2020 - 4/2/2020. Sehingga kini period saya masih tidak datang. Kitaran haid sudah melebihi 50 hari dari tarikh last haid saya.
Apabila saya membuat pregnancy test keputusan negetif. Tapi saya mengalami sakit pada bahagian kanan perut,terasa seperti dicubit dan kram. Ada masa saya merasa seperti mahu haid.
Baru-baru ini saya mengalami keputihan berwarna putih jernih , tidak melekit dan tidak berbau. Rasa mengalir di faraj. Sehingga saya sangkakan saya haid kerana sakitnya berasa seperti haid yang keluar.
Apakah tandanya doktor? saya jadi bimbang akan gejala yang saya hadapi ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Selain Masalah kehamilan, haid yang lambat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.