
Anonymous
5 tahun
Haid tidak teratur selepas kahwin
Hye doktor…
Saya baru berkahwin sebulan lebih… Masalah yang saya alami ialah kitaran haid saya tidak teratur. Pada 30.6.2019-4.7.2019 saya period(tempoh normal saya alami sebelum kahwin).
Pada 11.7.2019-15.7.2019 period saya datang lagi dalam bulan yg sama. Selepas date itu period saya dah habis tapi… Esokannya dan seterusnya sampailah 19.7.2019, saya dapati ada tompokan warna perang di seluar dalam saya. Persoalan saya, kenapa masih ada kesan tompokan darah sedangkan saya sudah habis period?? Boleh doktor bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih