
Wardah
6 tahun
Haid tidak teratur selepas keguguran
hai doktor. saya menghadapi masaalah haid tidak teratur selepaa keguguran pada oktober tahun lalu. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Ada ubat ubatan yang sesuai untuk sy dapatkan kembali kitaran haid yang teratur?

6 tahun
Hi dan terima kasih atas persoalan anda.
Masalah haid yang tidak teratur boleh dibantu dengan beberapa kaedah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, senaman yoga. kaedah ini didapati banyak membantu wanita mengatasi masalah kitaran hadi tidak teratur serta masalah senggugut yang teruk.
Selain itu, bagi wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurang, dengan mengembalikan berat badan ideal, dapat membantu dalam masalah ini.
Dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, kedua dua masalah kitaran haid tidak teratur dan senggugut yang teruk dapat di pulihkan.
Pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon yang boleh membantu mengawal kitaran haid. Namun memandangkan anda merancang untuk hamil, ubat ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Manakala senggugut berlebihan boleh dibantu dengan ubat tahan sakit seperti mefenemic acid.

6 tahun
Hi.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan haid tidak teratur yang berpanjangan selepas keguguran.
• Baki tisu-tisu dari keguguran masih berada di dalam rahim dan belum dibuang keluar dari badan. Biasanya badan seorang wanita akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk membuang baki tisu keguguran sepenuhnya dari badan dia.
• Kitaran haid anda mungkin telah menjadi tidak teratur sejak sebelum mengandung lagi. Selepas keguguran berlaku, haid yang tidak teratur tersebut akan bermula semula.
• Ovari anda tidak membebaskan ovum atau telur. Hal ini terjadi apabila hormon di badan anda menjadi kurang seimbang. Hormon yang tidak seimbang boleh disebabkan oleh keguguran, stres, tekanan emosi, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan sebagainya.
• Berat badan anda terlalu tinggi (obesity) atau terlalu rendah.
• Kehamilan merupakan salah satu punca kepada haid yang lewat. Anda digalakkan untuk menguji kehamilan menggunakan kit kehamilan atau berjumpa dengan doktor untuk imbasan ultrasound.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secpat mungkin supaya doktor boleh mencari punca kepada masalah kitaran haid tidak teratur anda.