
Sulit
5 tahun
Haid Tidak Teratur Setiap Bulan
Saya wanita berumur 18tahun saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur saya telah lewat haid selama 2 bulan dan sekarang baru haid saya datang adakah itu normal atau perlu pergi berjumpa doktor kerana haid saya selalu selang2 kadang 2 bulan atau 3 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal bagi remaja (bawah 18 tahun 1hari) adalah sedikit berbeza daripada wanita dewasa yang mana pada remaja, kitaran haid yang normal adalah setiap 21 sehingga 45 hari. Pada remaja juga, kitaran haid belum teratur sehinggalah 6 tahun setelah anda mendapat haid yang pertama.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.