
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur untuk pertama kali
Saya wanita berumur 21tahun dan masih bujang berkerja , untuk pertama kali haid saya tidak teratur . Last haid saya pada 3/12/19 dijangka haid pada 3/1/2020 tetapi sehingga harini 19/1/2020 haid saya tidak datang. Kawan saya syorkan untuk consume vitamin c 1000mg 21st century untuk melancarkan haid . Adakah vitamin itu elok untuk melancarkan haid atau ada ubat lain yang saya boleh ambil ? Risau untuk masa akan datang akan ada masalah .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk maklumat anda, vitamin C mempunyai pelbagai kebaikan sebagai mikro nutrien yang diperlukan di dalam badan. Namun, ianya tidak memberi banyak kesan terhadap kelancaran kitaran haid wanita. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.