
Sulit
4 tahun
Haid warna gelap dan tempoh lama
saya berusia 24 tahun, bulan ni haid saya dari hari pertama sikit sikit dan warna gelap ke arah hitam. tempoh biasa 7 hari tetapi bulan ini sudah 13 hari. Saya risau sebab selalu saya period tak macamni. Adakah saya perlu berjumpa dengan pakar sakit puan atau ada solution lain? Bantu saya terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi iaitu haid selama 13 hari tetapi dahulu kebiasaannya 7 hari. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Masalah tiroid
Tekanan
Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Anda juga disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan tangani stress dengan baik.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Anda juga boleh mengatur temujanji dengan doktor pakar melalui laman ini sekiranya perlu. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.