nadiadzulkifli6
6 tahun
Haid yang berpanjangan & berketul
Sy berusia 35 thn blum berkawin,sy juge pesakit hyper thyroid & mengambil ubat camazol carbimazole sejak 7 bln lalu…tp utk bln nie haid sy sgt pnjang sudah msk 15 hari darah keluar sgt byk & berketul2…adakah ini normal? sbb nie kali pertama berlaku sejak sy mengalami penyakit hyper thyroid (7 bln yg lalu) sebelum nie haid sy cume mengambil masa selama 5 hari ke 6 hari saje…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan,antaranya ialah:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh sebab anda telah mempunyai salah satu faktor risiko iaitu masalah tiroid,hal ini tidak boleh dipandang remeh, malah ia memerlukan pendapat doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































