
Atilovato
6 tahun
Haid yang berpanjangan
Morning Doc. Saya wanita berumur 21 tahun dan sudah berkahwin. So recently, saya ambil ubat untuk berhenti period sebab before this saya period keluar banyak darah selama 2 bulan. So saya dah consume ubat ni almost 2 weeks and my period is almost over. So, adakah selamat untuk saya bersama dengan suami? Tak akan ada kesan sampingan yg lain kan? Thanks Doc.

6 tahun
Selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tanpa mengetahui apakah ubat yang anda ambil untuk menghentikan haid yang terlalu banyak tersebut, adalah sukar untuk saya memastikan kesan sampingan yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat tersebut.
Antara ubat yang digunakan untuk darah haid yang banyak dan berpanjangan adalah:
- NSAIDs seperti ibuprofen
- Tranexamic acid
- Pil perancang kehamilan yang megandungi estrogen dan progesterone
- Pil perancang kehamilan yang mengandungi progesterone sahaja
- Alat perancang kehamilan di dalam rahim
Soalan anda mengenai selamat bersama suami, adakah anda bermaksud selamat dari risiko kehamilan? Sekiranya anda mengambil ubat jenis perancang kehamilan, ia juga boleh bertindak sebagai pil perancang kehamilan. Namun risiko hamil tetap ada walaupun sangat rendah.
Setiap ubat yang saya nyatakan mempunyai kesan sampingan. Bergantung kepada jenis ubat yang anda ambil. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kami yang bertauliah untuk keterangan lanjut tentang perkara ini. Klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.