
Sulit
3 tahun
Haid yang melebihi 15 hari
Saya wanita yang berumur 45+.saya mengalami proses haid yang berpanjangan sehingga melebihi 20 hari .Darah haid yang keluar juga banyak .Sebelum ini, saya tidak petnah mengalami perkara seperti ini dan kitaran haid saya juga sebelum ini adalah normal .Ada kaalanya terdapat juga kietulan datah yang keluar. Mohon pencerahan .

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Gangguan anatomi (contohnya polip, kista ovari)
- Sindrom Polisistik Ovari atau (PCOS)
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
Namun begitu, gejala ini juga boleh disebabkan oleh gangguan daripada organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Namun begitu ini hanyalah penerangan secara umum. Oleh itu, saya mencadangkan agar anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.