
Sulit
3 tahun
Haid yang sedikit pada hari ketiga
Saya wanita 21 tahun, saya ingin bertanya mengenai haid saya yang semakin berkurang pada hari ketiga selepas mendapatkan suntikan vaksin covid-19 dan haid saya datang 3 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid, iaitu haid awal dan berkurangan pada hari ke-3. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid berlaku apabila terdapat gangguan hormon dalam badan. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan
- Penggunaan perancangan keluarga
- Masalah tiroid
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
Data pada waktu semasa mengenai masalah haid dan vaksin Covid-19 tidak mencukupi untuk mengetahui jika vaksin boleh menganggu haid. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan