Sulit
3 tahun
Haid yang tidak datang lama
Saya berumur 23 tahun dan masih belum berkahwin. Dari dulu period saya memang tak teratur.Saya ada sejarah ovarian cyst ketika saya berumur 15 tahun.Sehingga sekwrg haid saya jarg datang walapun selepasoperation busng cyst.Adama masa 4 bulan sekali, ada masa 5 buln sekali … Saya selalu beranggapan saya tidak dtg kerana saya selalu stress…Bila tempoh berada di kampus, period saya mesti tak dtg tapi bila cuti sem, baru dtg.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Memandangkan anda pernah mengalami masalah cyst pada ovari, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan sekali lagi bagi melihat jika masalah yang sama kembali semula ataubsebaliknya. Namun, kita juga tidak menolak tekanan emosi/stress sebagai faktor kepada kitaran haid yang tidak teratur. Hal ini kerana, ia merupakan antara faktor yang kerap menyumbang kepada haid yang tidak teratur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.