
Sulit
3 tahun
Haid yang tidak normal lebih 10 tahun untuk seorang wanita yang belum berkahwin
hi doktor,saya berumur 27 tahun,belum berkahwin,sy datang haid pada umur 14 tahun,dan pade umur 16 tahun,haid saya pernah tidak datang selama 5 bulan berturut-turut.Pada umur 18,saya pernah merujuk doktor,dan doktor melakukan scan dan mengatakan saiz rahim saya kecil seperti budak darjah 3.Sejak itu,saya mengamalkan memakan maajun untuk datang haid,jika saya tidak mkn,haid tidak datang langsung. Masalah lain yang timbul,bila mana saya last period pada akhir bulan 3 tempoh hari dan haid saya masih tidak datang sehingga hari ini wlaupun sudah habis makan maajun sebtol,kebiasaannya tidak sampai sebotol mengamalkan maajun akan datang period saya.mohon nasihat doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan