Anonymous
6 tahun
Haid yang tidak teratur dan berketul
Saya berumur 20 tahun. Saya mengalami masalah datang haid dan ianya tidak datang dalam tempoh 2 atau 3 bulan… Jika haid saya datang, ianya berketul dan tempoh haid saya selama 2minggu lamanya… Adakalanya hanya 5 hari sahaja… Masalah ini berlaku ketika saya berumur 17 tahun lagi. Saya buntu dengan masalah ini. Dan sy takut utk berjumpa doktor. Kerana risau dapat penyakit yg lebih serious.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























