
Sulit
4 tahun
Haid yang tidak teratur sebulan 2@3 kali
Selamat pagi.dktr.sy nk btnya…saya sudah 9 bulan melahirkan…sudah 3 bulan haid sya tdak tratur.setiap bulan dtg 2@3 kali priod. Selepas hbis priod smingu…2 atau 3 hari xpriod.selepas bersama suami…2 hari lepastu dtg balik period warna coklat darah.bukan darah segar…dan seterusnya selama 3 bulan…branggapan hormon xstabil… dan berlanjutan shinga skrg…bole dikata sbulan 2@3 kali priod. Adakah dinding rahim sy tebal dan haid xkluar habis? Slps bslin 1x shja saya ambil cucuk prancang sehinga skrg 9 bulan …lepastu trus stop… Bole x doktr kenalpasti apa maslah yg sy hadapi skrg…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid tidak teratur.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Setiap masalah di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.