
mchellecssndra7
5 tahun
Haid yg bergumpal pada hari ke 5
Saya remaja berusia 16tahun dan pada hari ini merupakan hari ke 5 saya didatangi haid tetapi gumpalan darah ini berlaku 2 kali pada hari ini. bgitu jg dgn kemarin. Adakah ia tidak normal buat saya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Darah beku adalah antara variasi normal bagi darah haid. Warna darah haid juga mempunyai variasi seperti merah cair, merah pekat, hitam dan merah jambu.
Anda tidak perlu risau tentang masalah ini. Jika anda mempunya gejala lain, anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.