
Khairasyakira
5 tahun
Haid yg berubah2 warna, sikit dan berpanjang
Saya wanita berusia 26 tahun sudah berkahwin slma 3 tahun… Blom mmpunyai zuriat. Telah diagnos dengan PCOS… Dr sarankan saya menurunkan berat badan 71 kg… Sekarang saya on diet… Berat bru 68 kg… Period datg 9 Julai yg lalu… Namun sedikit sahaja… Dan berubah2 warna… Smpai skrg dh masok 8 hari masih blom berenti…dr pnah on kan ubat DUPHASTON untuk turunkan darah… Saya minta berenti sbb takot kesan DUPHASTON ganggu proses diet dan mmbuat saya lapar.
Apakah masalah saya…? Bagaimana untuk merawat…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2-8 hari. Memandangkan haid anda berlaku selama 8 hari, keadaan ini masih boleh dikatakan normal. Sekiranya haid anda berlangsung melebihi 8 hari, dan anda menolak diubati menggunakan Duphaston, sebaiknya anda berbicang dengan doktor anda untuk menggantikan ubat yang sesuai.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.