Sulit
6 tahun
Hair datang tidak ikut kitaran
Saya berumur 28, Saya datang haid pada 04/09 itu Hari dan haid tersebut telah tamat pada 08/09… Tetapi pada 18/09 Saya telah didatangi haid sekali… Selalu kitaran haid Saya teratur cukup kiraan 21 Hari atau terlewat sehari Dua bila Saya stress… Bila Saya didatangi haid pada 18/09 itu Saya menjadi pelik kerana sepanjang Saya didatangi haid sebelum ini, haid Saya akan datang semula selepas kitaran 21 Hari… Adakah haid yang datang Kali kedua itu normal? Apakah sebab haid Saya datang tidak cukup kitaran 21 hari pada Kali ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terlebih dahulu, sebaiknya anda kenali corak kitaran haid yang dianggap teratur. Kitaran haid yang normalterjadi setiap 24 hingga 38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Hal ini bermaksud kitaran haid dapat dikatakan tidak teratur apabila haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung kurang 2 hari atau berlangsung selama lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagi mendapatkan keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























