
Sulit
3 tahun
Halusinasi befikir yang bukan bukan
Hai doc , saya ada anak berumur 6 tahun . dia suka fikir pelik pelik. contoh dia tengok benda hitam and dia bayangkan semua orang jadi hitam pastu dia nangis xtentu pasal . kalau dia tengok kaki dia bayangkan muka ni jadi kaki then terus nangis. adakah dia ada masalah or she makes things up?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda iaitu halusinasi atau bayangan buruk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya perkara sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- imiginasi kanak-kanak yang berlebihan sehingga menyebabkan ketakutan
- pengaruh dari luar seperti televisyen atau internet
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- masalah mood sehingga menyebabkan keresahan
- skizofrenia pada kanak-kanak
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anak anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.