
Sulit
4 tahun
Hamil 31 minggu Dan ada pendarahan
Saya berumur 33 tahun Dan hamil anak yg pertama, saya kerap bleeding sejak kndungan masuk 31 minggu, darah x banyak first bleeding seketul duit 5 sen, kali kdua hanya spot saja, saya dah rujuk ke hospital dan doctor cakap bahagian servik saya ada luka so xtau punca luka tu datang dr mana… Uri saya semua normal so saya rehat di rumah tanpa ke mane slame smggu tak ada dah bleeding. Lpas smggu saya ada checkup di hospital kmudian saya tgk ada darah 2 spot saja… Doctor ckp itu normal mlainkn kalau tumpah darah then saya balik saya tgk msih ada darah tp saya xtau itu adakah keputihan saya trkena luka dan jadi darah atau ape… So saya guna pad malam tu xde darah kmudian besok pagi saya bgn utk mndi saya buang air kecik dulu saya tgk darah keluar skali dgn kencing tu tapi ari2 saya belah kanan memang sakit kalau brjalan. Adakah itu normal atau saya x boleh banyak pergerakkan atau brjalan. Sbb saya seorang yg masih bekerja.saya jadi confius perlu ke hospital atau tidak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kondisi anda memerlukan pemeriksaan yang teliti sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Namun begitu, pendarahan yang berlaku selepas 24 minggu kehamilan adalah perkara yang serius. Anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi doktor untuk pemeriksaan. Hal ini kerana terdapat risiko untuk menghidap keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah yang dipanggil ‘placenta previa’atau sebahagian uri terlepas dari dinding rahim yang dipanggil ‘placenta abruption’.
Pendarahan yang boleh dikelirukan dengan haid adalah apabila melakukan hubungan seks ketika mengandung. Apabila wanita mengandung, mereka akan mengalami perubahan pada permukaan serviks. Ini boleh juga menyebabkan pendarahan yang boleh dkelirukan dengan kedatangan haid.
Seterusnya, penyebab lain pendarahan ketika mengandung ialah jangkitan kuman. Hal ini haruslah diambil serius dan sekiranya berlaku masalah seperti ini, dengan segera perlu ke hospital untuk dirawat kerana kemungkinan boleh mengancam nyawa kandungan tersebut. Oleh itu, wanita yang mengalami simptom ini haruslah segera berjumpa doktor apabila mendapati pendarahan yang dialami semakin teruk atau disertai dengan sakit perut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih