
Sulit
5 tahun
Hamil 4minggu dan makan ubat turun darah
Salam. Saya berumur 28 tahun. Baru-baru ni saya telah check UPT dan sy hamil 4minggu. Saya sangat tertekan kerana anak pertama saya baru berusia 8bulan. saya sangat tertekan dan telatan saya. saya sangat risaukan keadaan bayi dalam perut saya. Ada x sebarang kesan buruk pada kandungan saya doktor? setakat ni Saya tidak mngalami sebarang pendarahan atau kesakitan. Tarikh akhir saya period 24/8/19h mangambil ubat turun darah (pil tuntas sebanyak 4biji) semalam. Pil tuntas ini adelah sejenis kapsul herba yang digunakan untuk melancarkan pengeluaran haid. antara kandungan pil ini adalah Nigellae sativa semen 15%, Achillae folium 20%, Blumae folium 20%, Zingibeis rhizoma 8%, dan bahan-bahan lain sampai 100% dalam bentuk ekstrak. Pil ini adalah dilarang untuk ibu hamil. Sy tidak ade mngalami sebarang penyakit sebelum ini. Sejarah kehamilan pertama sy juga tidak mngalami sebarang masalah. sy sgt risau sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai ubat tuntas kerana tidak memiliki kajian saintifik berkenaan ubat tersebut.
Walaubagaimanapun, puan disarankan untuk ke klinik berdekatan bagi mendapat konsultasi medikal untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentand status kandungan puan.
Sekiranya puan mengalami pendarahan serta sakit dibahagian pelvis hal ini turut memerlukan rawatan susulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.