
Sulit
5 tahun
Hamil 5 minggu 6 hari
hi doktor…sy berusia 28thun dan sy baru tahu sy hamil 5 minggu 6 hari…skrg sy sudah 4hari mengalami flek darah bermula dr spotting cremy…kemudian jadi brownish…kemudian jadi pinkish dan sekrang kluar fresh blood tp dlm kuantiti yg sdikit dan sy tidak merasakn apa2 kesakitan di bhgian abdomen sy…sy risau kerana sy penah keguguran sbyk 3x sblm ini…adakah kndgan sy ini kuat ? sy sudah brjmpa dktor tp meraka sarankn sy utk brehat tanpa mmberi apa2 ubat…perlukah sy beli ubat utk kuatkn rahim ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca Keguguran Janin:
Faktor genetik
Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
Jangkitan
Merokok
Oleh itu, anda disarankan:
- Rehat
- Tidak boleh mengankat barang yang berat untuk sekurang kurangnya 2 minggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.