
Sulit
5 tahun
Hamil 6 minggu tapi ada darah seperti darah haid keluar
Hi doktor. Saya mengandung 6 minggu. Semalam ada keluar darah dlm 3 kali, saya dah jumpa doktor dan ambil darah. Tapi result belum keluar, esk keputusannga. Cuma saya risau darah hari ni keluar lebih banyak seperti darah haid. Kenapa ini boleh terjadi? Saya buat urinie test hari ni dirumah, test menunjukkan sy masih positif. Boleh doktor terangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- keguguran jika darah banyak berketul anda mengalami sakit senggugut
- kehamilan luar rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.