
Sulit
4 tahun
Hamil 7 minggu, keluar darah warna coklar melalui vagina? Adakah itu normal….saya sudah merujuk ke hospital dah sudah scan keadaan janin baik dan nampak jantung nya
Saya wanita awal 20an hamil 7 minggu. Hamil 7 minggu, keluar darah warna coklat melalui vagina? Adakah itu normal…saya sudah merujuk ke hospital dah sudah scan keadaan janin baik dan nampak jantung nya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan pada trimester pertama kehamilan adalah perkara yang sering berlaku dan 15-25% wanita hamil akan mengalaminya. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan pada waktu trimester pertama iaitu:
- Pendarahan daripada serviks kerana banyak perkembangan saluran darah berlaku di bahagian itu
- Jangkitan pada bahagian kemaluan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.