
Anonymous
4 tahun
Hamil 7 minggu lebih, jalani USG dan kantung ada tapi janin tidak kelihatan lagi
Morning, doktor. Saya hamil 7 minggu lebih dan saya telah jalani USG untuk memastikan keadaan kandungan saya di dalam rahim tapi malangnya doktor memaklumkan kepada saya bahawa janin belum kelihatan lagi mungkin kerana usianya terlalu muda dan kecil tetapi kantungnya memang ada. Doktor berkenaan hanya membekalkan saya asid folik buat masa ini dan menyarankan saya supaya datang semula selepas 2 minggu kemudian untuk membuat pemeriksaan USG lagi. Mengapakah perkara macam ni terjadi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
“Blighted ovum” atau kantung kosong boleh berlaku pada awal kehamilan, sebelum wanita tahu bahawa mereka mengandung. Anda mungkin mengalami tanda-tanda kehamilan seperti tempoh haid yang terlepas atau lewat dan juga ujian kehamilan yang positif. Ramai wanita menganggap kehamilan mereka normal kerana tahap hCG mereka semakin meningkat walaupun sebenarnya tiada janin yang membesar.
“Blighted ovum” berlaku apabila implan telur (ovum) disenyawakan dalam rahim (uterus), tetapi bayi tidak tumbuh. Istilah perubatan adalah “anembryonic pregnancy”. Malangnya, apabila ini berlaku, ia mengakibatkan keguguran awal.
Plasenta boleh terus tumbuh dan tanpa bayi untuk masa yang singkat, dan hormon kehamilan boleh terus meningkat, yang akan menyebabkan seorang wanita percaya dia masih hamil.
Diagnosis biasanya hanya dibuat dengan ujian ultrasound menunjukkan sama ada rahim kosong atau kantong gestational kosong. Jika doktor tidak dapat mengesahkan keadaan semasa, mungkin kerana janin terlalu kecil atau masih belum dapat dilihat dengan scan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.