
Sulit
4 tahun
Hamil atau tidak saya keliru
Saya wanita berumur 22 tahun.Baru² ni saya buat prgnt test pada 5/4 naik samar² line t.10/4 saya buat pulak naik double line terang pada sebelum ni. Dan 13/4 saya period hnya 4 hari saja dan tidak memenuhi tuala wanita… Bila saya buat prgnt test selepas period upt negetif

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul, atau merujuk doktor pakar, doktor kami mahupun mana-mana doktor di pusat rawatan yang terdekat.
Tambahan pula, kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan tubuh boleh disebabkan oleh:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi yang berbeza dengan darah haid yang lazimnya di dapati)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.