Sulit
4 tahun
Hamil dan mengambil suntikan
Sy nak tanya, jika sy terlanjur mengambil suntikan pencegah kehamilan , tanpa mengetahui hamil apakah kesan terhadap janin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan pencegah kehamilan ketika hamil ini memang tidak digalakkan. Namun, risikonya rendah untuk kecacatan bayi apabila ibu mengandung terdedah kepada suntikan medroxyprogesterone acetate pada awal kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.