
Sulit
4 tahun
Hamil dan puting mengeluar cecair putih
Salam sejahtera. Saya wanita sudah berkahwin dan sedang hamil hampir memasuki 5 bulan.
Masalah saya alami adalah di bahagian puting kanan mengeluarkan cecair putih bila saya memicit.
Saya khuatir gejala ini tidak normal.
Harap doktor boleh menjelaskan lebih lanjut. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu keluar cecair putih di puting sebelah kanan. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan hormon ketika hamil (Normal)
- Jangkitan yang bernanah
- Rangsangan puting disebabkan oleh aktiviti seharian seperti (tergesek dengan baju)
- Trauma pada payu dara
- Radang payu dara
- Ketumbuhan payu dara yang tidak agresif
- Kesan sampingan pil perancang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.