Sulit
3 tahun
Hamil jarak dekat . Wht to do?
Saya berumur 29 tahun dan sudah mmpunyai 3 org anak. Baru2 ni sy hamil lagi dan anak ketiga sy baru berumur 11 bulan. Kami merancang nak gugurkan bayi yg baru berumur 6w ni kerana kesihatan sy yang tak mngizinkan dan masalah kewangan serta anak bru 11 bulan. Doc blh tlg sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan masalah anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Memandangkan anda mempunyai masalah kesihatan, anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan atas nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran dengan sendiri kerana ianya merbahaya dan boleh membawa maut kepada anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.