
noranadzri
5 tahun
Hamil kali ke tiga selepas keguguran 2x setahun yg lepas
Saya wanita berumur 26tahun berkahwin dgn lelaki sebaya. 2tahun berkahwin. Saya pernah hamil 2x dalam tahun yg sama, dan pernah merasai cuci scra normal dengan doc hospital kerajaan. Setelah lebih setahun 2bulan saya menunggu kehamilan yg ketiga, kini baru 4minggu dan saya merisaukan keguguran berlaku. Kerana doctor pernah berpesan sblum ini, kemungkinan jika saya hamil sekali lagi, risiko gugur agak tggi. Apakah ubat yg patut saya makan utk menguatkan rahim selain acid folic yg harian saya makan? Saya juga kerap merasakan sakit di sekitar bawah perut(kemungkinan rahim).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, lebih 50% keguguran disebabkan oleh kejadian rawak di mana embrio menerima bilangan kromosom yang tidak normal. Sekiranya telur atau sperma mempunyai bilangan kromosom yang tidak normal, embrio juga akan mempunyai nombor abnormal. Oleh itu, pertumbuhan embrio tidak berlaku dengan baik, kadang-kadang mengakibatkan keguguran. Justeru, boleh dikatakan penyebab keguguran yang utama bukanlah akibat masalah pemakanan atau rahim lemah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.