
Sulit
4 tahun
Hamil morning sickness
Saya muntah bila makan obimin jadi apa yang perlu saya lakukan? Adakah vitamin lain yang boleh saya cuba bagi mengantikkan obimin semasa hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat lanjut mengenai kesihatan dan kehamilan anda perlu diketahui kerana kehamilan merupakan saat yang penting dan sesetengah ubat atau pemakanan tambahan tidak boleh diambil. Anda perlu merujuk kepada doktor atau pegawai farmasi dan berbincang mengenai masalah yang anda hadapi terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.