
Anonymous
5 tahun
Hamil/ pregnant tetapi hanya nampak kantung
Assalamualaikum… nih kali ke 4 sya disahkan prgnnt … sblm nih sya dh 3 kali kguguran … kelmarin slps kencing di mukus ada sya slightly darah yg sikit tetapi selepas tu tiada lagi namun di sebab kan sya bimbang sya ke hospital wanita , bila doctor check saiz kantung sya dlm 5/6 minggu tetapi x ada janin … ada kah sya bakal utk keguguran … doctor te lah berikan ubat2 utk sya makan … alhamdulillah setakat nih x ada Masalah tetapi hati sya agak musykil wlpn sya mkn ubat2 nih ada kah kandungan sya akn ok or sebaliknya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya adalah biasa untuk mengalami pendarahan pada awal kehamilan yang dikatakan sebagai pendarahan implanatasi.Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia juga boleh menjadi salah satu simptom untuk keguguran janin.Terdapat beberapa jenis keguguran dan terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan keguguran janin iaitu:
Faktor genetik
Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
Jangkitan
Merokok
Oleh sebab anda telah pun mempunyai fakor risiko seperti sejarah keguguran adalah amat dinasihatkan untuk anda merujuk hal ini kepada doktor dengan segera jika terdapat simtom keguguran dan membuat pemeriksaan yang kerap .
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.