Sulit

3 tahun

Hamil selepas berpantang

Salam dr. Saya wanita berumur 26 tahun, saya baru lepas melahirkan baby secara czer. 3 bulan selepas itu saya tidak datang haid, dan saya check upt dan hasil nya positive. Apa perlu saya buat?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak datang setelah melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarian section.

Untuk maklumat anda, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) anda yang mempunyai keputusan positif adalah disebabkan oleh sisa kandungan hormon HCG iaitu sejenis hormon kehamilan yang masih mengalir dalam darah akibat kehamilan yang lepas. Namun, selalunya hormon HCG ini akan positif dalam UPT hanya selama 4-6 minggu.

Oleh itu, ujian UPT anda mungkin tidak berkait dengan kehamilan lepas, malah ia boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:

  • Terdapat sisa plasenta yang tertinggal dalam rahim selepas kelahiran bayi. Perkara ini adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan keradangan pada ruangan pelvis, serta pendarahan yang tidak diingini, terutamanya ketika kelahiran.
  • Kehamilan ektopik (tidak berlaku sekiranya anda tidak merancang kehamilan atau tidak melakukan hubungan seks)
  • Positif palsu (False negative) yang boleh disebabkan oleh alat upt yang tamat tempoh, penggunaan UPT yang salah, dan lain-lain.
  • Masalah pituitari yang boleh menyebabkan rembesan HCG yang tidak terkawal. (hormon HCG juga boleh dirembeskan oleh kelenjar pituitari)
  • Gestational trophoblastic disease seperti kehamilan molar. Ia merupakan kehamilan yang mempunyai penumbuhan uri yang abnormal
  • Ketumbuhan trophoblastic yang terdapat pada rahim.

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Mengenai haid yang tidak datang, ia juga mungkin berkait dengan keputusan UPT anda dan menunjukkan kehamilan yang tidak diinginkan. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lain seperti:

  • Penggunaan pil perancang
  • Masalah nutrisi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Berat badan terlalu ringan atau terlalu berat
  • Senaman yang berlebihan
  • Gangguan stress atau masalah mental
  • Kehamilan, atau kehamilan ektopik

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom kehamilan seperti muntah, loya, sakit payudara, pembesaran perut dan juga kemualan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

high%20risk%20pregnancy%20hero

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)