
sofeahimi9097
5 tahun
Hamil selepas bersalin 9bulan.(emergency cyzer)
Hi sy nak tahu. Adakah berbahaya sekiranya terhamil ketika ank 1 berumur 9bulan.semasa melahirkan anak 1 sy bersalin secara cyzer. Adakah anak no2 blh bersalin normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, apabila seorang wanita melahirkan anak secara c-zer, doktor akan menyarankan agar kehamilan seterusnya dalam masa 18 hingga 24 bulan selepas anak pertama.
Memandangkan anak anda telah berusia 21 bulan, kehamilan seterusnya adalah selamat. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak boleh mengulas tentang cara kelahiran anak tersebut kerana ia bergantung kepada tumbesaran kandungan dan pelbagai faktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.