
Sulit
4 tahun
Hamil selepas sebulan keguguran bolehkah
Syaa bru lepas gugur dlam 29 hb 11 hritu…dan 30 hb 1 sya cek upt result postif…adakah risiko sya hamil waktu ni…dan syaa ada darah tinggi ad x yg bby survive sampai berank…sya tkot risikoo

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, keperluan berehat selepas keguguran dan prosedur dilatation & currettage (D&C) adalah bagi memastikan rahim anda sembuh dan bersedia untuk menerima kehamilan seterusnya.
Tedapat pelbagai risiko yang boleh berlaku pada kehamilan selepas keguguran dan prosedur ini, antaranya kelahiran pramatang, pendarahan ketika hamil, placenta abruption (uri tercabut dari rahim), dan masalah lain pada bayi dalam kandungan seperti kurang berat dan kecacatan.
Disebabkan hasil UPT anda positif dan berkemungkinan besar anda sudah mengandung, anda amat disarankan agar segera merujuk kepada doktor bagi memudahkan kehamilan anda dipantau dan membolehkan risiko-risiko di atas di atasi atau segera ditangani jika berlaku.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih