
Sulit
3 tahun
Hamil selepas vaksin dose pertama
Saya berumur 33thn dan berkahwin. selepas dose pertama vaksin saya pada 22/06/21, period datang seperti biasa tapi pada bulan ni jika ikut pengiraan saya akan period pada 06/08/21. Tapi ada darah berwarna coklat keluar, so saya fikir saya dah period rupanya tidak, saya memakai pad pada hari hari seterusnya tapi tak ada darah, pada 09/08/2021 saya cuba pregnancy test dan mendapati 2 line, perlukah saya teruskan mengambil dose ke dua untuk vaccine? Adakah akan ada side effect kepada kandungan saya, tapi saya tak tahu check tentang hari kandungan. Terima kasih Doctor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang contoh. Kami akan cuba membantu anda.
Menurut kenyataan terkini dari KKM dan JKJAV, vaksin Sinovac adalah sesuai untuk individu hamil antara 14-33 minggu atau ditanguhkan selepas melahirkan anak.
Untuk maklumat lanjut, anda disarankan untuk merujuk ke doktor anda, atau menghubungi pusat pemberian vaksin atau hospital yang terdekat.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini