
Sulit
4 tahun
Hamil tapi ada keluar darah
saya wanita 28 hamil 17 week tapi ada keluar darah perut tak sakit apakah penyebabnya doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan yang keluar ketika kehamilan. Untuk makluman anda, perdarahan pada awal usia kehamilan (<22 minggu) yang terjadi dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang lebih banyak serta disertai daging terjadi pada usia kehamilan lewat daripada 2 minggu, ia mungkin adalah akibat masalah yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya anda segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih