
Sulit
5 tahun
Hamil tapi keluar darah berwarna merah gelap
saya,wanita 26thn,pada 22/10/19-sy disahkan hamil 6minggu,kerana last period 10/9/19. tetapi pd 22/11/19- keluar sedikit darah brwarna coklat seakan2 macam nak datang period,saya biarkan sahaja,keesokkn harinya keluar warna coklat gelap jumlah yg serdehana saja,24/11/19 sy mengalami sakit perut tapi tak trlalu teruk mcm memulas sedikit, lepas 10minit dy merasa macam darah keluar dari kemaluan, sy tengok keluar darah sedikit ketuln kecil,brwarna mcm darah beku… apa patut saya buat doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Memandangkan anda telah mengalami pendarahan yang banyak dan berketul, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik berdekatan bagi mengesahkan kandungan anda menggunakan skan ultrasonografi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.