
Sulit
3 tahun
Hampir setiap masa pening sehingga penglihatan gelap
Saya wanita berumur 17 tahun, hampir setiap hari mengalami sakit kepala, tatkala pening sampai penglihatan terjejas… Ketika bagun drpd tidur jalan tidak seimbang dan pandangan menjadi kabur serta gelap sekejap,… Apabila marah sakit kepala dtng secara mendadak, ketika menjerit, terasa badn lemah dan ingin rebah… Ketika tundukkan pandangan kebawah dan mengangkat kembali, kepala terasa berat dan badan tidak seimbang… Boleh saya tau kenapa ye? Ataupun ade tips yg boleh menghilangkan sakit kepala ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit kepala anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala sehingga menyebabkan penglihatan terjejas, hilang keseimbangan dan berpandangan kabur ketika menukar posisi badan anda. Saya faham anda berasa bimbang akan keadaan ini dan ingin mengetahui tentang punca dan cara untuk menghilangkannya.
Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya simptom-simptom seperti yang anda telah sebutkan diatas, antaranya adalah:
- Migrain
- Tekanan darah yang tidak normal
- Gula dalam darah yang rendah
- Keradangan
- Tanda awal stroke
- Trauma
Namun, untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor.
Saya berharap penjelasan diatas dapat membantu anda dan sekiranya anda mempunyai persoalan dan keraguan, anda boleh ajukannya kepada doktor kami atau mendapatkan nasihat daripada doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala