
khai.perak65
5 tahun
Hanya pertanyaan sahaja kesan ambik pil di farmasi
elamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 22 tahun. Saya sedang menuntut pengajian saya di sebuah universiti. Saya mempunyai seorang teman lelaki yang berusia 25 tahun. Baru-baru ini kami telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang perlindungan. Hal ini telah mencetuskan masalah seperti tidak datang haid. Saya berasa sangat bimbang kerana takut kemungkinan saya mengandung. Saya telah mengesahkan hal ini dengan mengambil ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi. Saya mendapati ujian kehamilan menandakan ianya positif. Saya panik dan segera melayari internet untuk mencari jalan bagi menggugurkan kandungan saya ini. Saya telah mendapat maklumat mengenai ubat gugur kandungan di farmasi tetapi bolehkah doktor menerangkan lagi kepada saya mengenai ubat gugur kandungan ini dan kesan sampingannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, menggugurkan kandungan adalah menyalahi undang-undang di Malaysia. Hanya kes-kes tertentu sahaja dibenarkan. Anda boleh hubungi dan berbincang selanjutnya dengan kami atau pergi terus ke hospital. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.